Mati Hidup Kembali
Posted on 08. Sep, 2009 by senapang in Entertainment, Life
Mati Hidup Kembali
Jalan raya terlampau sunyi
Untuk ku terus bermimpi
Mataku belum mengantuk lagi
Bawa ke mana sahaja kupergi
Tunjukkan ku bulan gerhana
Tiada siapa nak kujumpa
Pendirian tiada kusangka
Tak mengapa oh tak mengapa
Malam semalam gundah gulana
Hari ini hari mulia
Tak pernah daku rasa begini
Seperti mati hidup kembali
Bawakan kuhilang dari ingatan
Hari ini sehingga esok
Tak pernah daku rasa begini
Seperti mati hidup kembali
Agar sepenuh dengan pendirian
Kucapai sebelah tangan
Sebalik awan ada cahaya
Bercahayalah selamanya
Daku tertawa seorang diri
Darah yang mengalir terhenti
Fikiranku melayang-layang
Tiada siapa yang perasan
SENAPANG AT SELEKEH DOT NET


2 Comments
weng
08. Sep, 2009
nice one en.senapang…
ko tulis sendiri ke??
ekekekek
Reply
mocca_chi
14. Nov, 2009
ini lagu ya? maaf ga ada spiker, tpi puisinya baguss
salam kenal ^ ^
mocca_chi´s last blog ..Kapan Kamu Besar, Nak?
Reply
Leave a reply